Monday 22 September 2014

Resepi 2 in 1 : Donut & Burger Malaysia


Nampak sedap kan..nyum2!!! Hari nie cikmien nak kongsi resepi 2 in 1 nie pada semua. Inilah hasil rezeki lebih cikmien (cari duit lebih). Pagi2 cikmien akan bangun pukul 4 buat kuih nie untuk dijual. Jual murah2 aje 4biji seringgit. Kuih nie mmg agak penat jika tidak biasa buat sebab uli pakai tangan kan. Tapi disebabkan ingin mencari duit lebih terpaksa kerahkan jugak tenaga ini walaupon di pagi hari. 

Resepi nie dipanggil 2 in 1 sebab doh yang sama tapi boleh buat berjenis kuih darinya. Sebenarnya bukan setakat 2 in 1 tapi 4 in 1 pon boleh. Sebabnya satu doh boleh buat 4 jenis kuih iaitu donut, burger malaysia, pau goreng dan juga kuih keramat. Ha..kan dah jimat kat situ. Hehe..tapi dlm ini gambar cikmien tunjuk 2 jenis nie jelah. Itu pon buat hari minggu baru nie ada orang tempah...so sempat nak snap gambar. Ok kepada yang berminat jom kita lihat resepinya...

Bahan-bahannya :

1kg tepung gandum (1/2 kilo pon boleh)
1biji telur
1paket yis Mauripan
1sudu teh baking powder
2sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1sudu teh  garam
1cawan air panas (untuk larutkan gula & garam)
Air sedikit

Untuk Donut sediakan gula halus
Untuk Burger Malaysia sediakan sambal bilis & timun
Untuk Pau Goreng sediakan inti kacang (beli di kedai yang dah siap je) 

Cara-caranya :

1. Mula-mula tuangkan yis ke dalam mangkuk bersama sedikit air dan biarkan ia sehingga kembang. (lebih kurang 5-10minit) Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sedikit. Larutkan gula dan garam di dalam air panas.
2. Tuangkan tepung ke dalam bekas/besen (terpulang kepada anda nak guna apa) beserta baking powder.
3. Letakkan marjerin dan gaul sebati. (Sampai xnampak berketul) Tuangkan telur yang sudah dipukul tadi dan gaul lagi.
4. Apabila yis kembang, masukkan ke dalam adunan tepung tadi dan gaul lagi sehingga sebati. Kemudian bolehlah masukkan air gula yang telah dilarutkan sebentar tadi.
5. Masukkan air sedikit dan uli. Jangan terlalu banyak nanti doh akan lembik. Uli sehingga menjadi doh. Jangan risau tentang tepung yang melekat di tangan kerana apabila kita menguli lama kelamaan akan lekat di doh dan besen menjadi bersih. Doh yang cantik apabila doh nampak licin dan cantik permukaannya.
6. Ok inilah hasilnya. Sekarang kita tutup dengan kain lembap atau plastik pon boleh dan biarkan doh kembang. Jangan lama sangat taw..setakat naik seganda dari saiz asal pon dah dikira ok. Apabila doh dah kembang, kita cucukkan dengan jari seperti gambar di bawah.
7. Selepas itu uli sedikit dan buat 2 ketul doh. Tinggalkan1 ketul di dalam besen dan ambil satu untuk di gelekkan.  Pastikan tabur tepung sedikit untuk mengelakkan doh melekat pada permukaan meja & penggelek.
8. Gelek sehingga nampak 1/2 inci ketebalan doh & bolehlah ditekupkan dengan acuan donut. Kalau xde acuan donat nie pon xpe...bulat2 kecil kan doh dan tekan tengah buat lubang. Macam2 cara nak buat. Tapi disebabkan nak cepat cikmien guna acuan donut nie.
  
9. Donut yang sudah ditekup diletakkan ke atas dulang dan biarkan ia kembang. Jangan terlalu lama nanti terlalu kembang sangat pon tak cantik juga kerana masa menggoreng ia akan mengembang lagi. Ok lebihan tepi2 doh tu boleh di uli semula menjadi bulat dan biarkan dalam besen. 
10. Ambil doh kedua dan gelekkan. Tekup bulat (cikmien guna penutup botol susu je hihi senang) seperti dibawah. Yang nie untuk burger malaysia taw. Kalau donut pon boleh cume buatkan lubang ditengah hihihi.
* Kalau nak buat pau goreng isikan inti kacang ditengah dan bulatkan. Biarkan kembang dan boleh digoreng. Untuk kuih keramat pula anda boleh gentel doh menjadi panjang dan biarkan kembang. Dah kembang boleh la digoreng. Goreng jangan terlalu lama...bila nampak kuning keemasan boleh diangkat dan toskan.

11. Sediakan gula di dalam mangkuk/bekas dan salutkan donut. Tadaa..siap untuk donut. Cantik dan gebu nyum2...makan panas2 memang sedap.


12. Ok sekarang donut siap. Kita teruskan dengan burger malaysia pula. Sediakan timun yang sudah dipotong dan sambal bilis. Maaf ye cikmien xsediakan resepi sambal. Sambal nie macam sambal nasi lemak cuma pekat sedikit la...kalau cair nanti basah pulak burger kita.  

13. Lepas tu kita potong separuh macam ni ye. Letakkan sambal dan timun. Siap. Senangkan. Jadi kepada sesiapa berminat cuba lah. Cuba untuk setengah kilo dlu pon xpe. Jangan risau kalau buat mula2 tu xberapa naik sebab cikmien pon mula2 belajar xmenjadi jugak..tapi dah 2 kali buat alhamdulillah memang menjadi. Mood semasa menguli pon penting taw sebab mempengaruhi ulian tepung tersebut. So kalau anda rasa tengah marah, sedih atau malas cikmien nasihatkan janganlah menguli. Nanti doh ikut mood kita hihihi. (Share pengalaman sendiri). Jadi senyum selalu dan buat dengan ikhlas nanti orang yang makan kuih kita pon akan happy cam kita jugak. Hihihi...Ok selamat mencuba!













Friday 19 September 2014

RESEPI KEK COKLAT KUKUS LEMBAP


Kek Coklat Kukus Lembap kegemaran suami cikmien. Kepada sesiapa yang masih baru hendak belajar resepi ni boleh tengok dan salin resepi cikmien ni. Sebenarnya resepi ni terlalu ringkas sebab cikmien pon baru belajar buat tapi alhamdulillah menjadi. Resepi ni pon cikmien cari dalam internet je. Sekarang semua kemudahan ada...just search n click. Ok taknak cakap banyak sekarang kita lihat bahan2nya :-

Bahan A :

1 cawan serbuk koko (apa2 jenis pon boleh)
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak 
1/2 cawan susu pekat

Bahan B :

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan C :

3 biji telur
1 sudu teh perisa vanila


Bahan Topping : 

300g coklat masakan
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
2 sudu besar butter (marjerin pelangi pon boleh)

Cara-cara :-




1. Satukan kesemua Bahan A di dalam periuk/kuali (ikut barang dapur anda yang mana sesuai digunakan). Letakkan di atas dapur dengan api perlahan. Kacau sehingga semua sebati. Boleh rujuk gambar di sebelah.

2. Apabila nampak sebati tutup api dan biarkan sejuk.





3. Satukan kesemua Bahan B dan diayak. 




4. Pukul telur sehingga kembang macam gambar disebelah. Lebih kurang 5 minit jugak la...Lenguh tangan cikmien ha.. Selepas tu kita ambil periuk kukus didihkan air atas dapur dengan api sederhana dan tinggal. (Cikmien selitkan proses ini terlebih dahulu disebabkan selepas selesai proses bancuh kek nanti kita boleh terus letak di dalam periuk kukus kita sebab air sudah pun mendidih)


5. Kemudian satukan Bahan A + Bahan B + telur yang sudah dipukul tadi bersama-sama dengan esen vanila. Kacau sebati. Boleh lihat hasilnya seperti gambar di bawah.
6. Ok lepas dah cantik macam gambar di atas tu boleh la letak di dalam acuan/loyang. Jangan lupa sapukan butter atau marjerin (cikmien guna marjerin je) pada tepi dan permukaan bawah loyang supaya senang nak keluarkan kek nanti. Takut melekat aje. Tapi kalau sesiapa nak guna kertas minyak pon boleh. Mana2 janji senangkan anda.


7. Cikmien buat 2 loyang...satu bulat & satu lagi loyang petak. Ok ni satu lagi tips ye untuk mengelakkan wap air jatuh ke atas kek cikmien balutkan plastik tapi plastik recycle aje. Hihihi janji boleh guna. Kalau kat rumah tu ada plastik wrap pon boleh. Tapi ingat ye pastikan air dalam periuk didih terlebih dahulu baru boleh letak kek kita. Kemudian tutup dan biarkan selama 1 jam 10 minit. Satu lagi tips jangan buka penutup kukus selagi belum cukup masa ye. Nanti kang tak menjadi pulak. 

8. Apabila dah cukup masa boleh la tutup api dan angkat loyang. Hati2 ye panas. Pastikan pakai pelapik agar tidak melecur jari tu. Kalau boleh ambil lidi atau garfu cucuk pada kek. Taw kenapa sebab nak pastikan kek tu masak atau tidak. Kalau kek melekat pada garfu bermakna tidak masak lagi tapi kalau tidak melekat alhamdulillah menjadi. 

Topping (Ganache) :-



1. Panaskan air di dalam periuk dan buat kaedah double boiler.
2. Cairkan coklat masakan dan kacau.
3. Masukkan bahan seperti susu cair, susu pekat & gula.
4. Kacau sebati.
5. Masukkan butter @ marjerin & kacau sebati.
6. Tutup api & bolehlah di tuang ke atas kek yang sudah dikeluarkan dari loyang sebentar tadi.
7. Untuk lebih menarik taburkan coklat rice @ coklat chip @ badam potong ikut citarasa masing-masing.

Siap jugak akhirnya...selamat mencuba :)



Thursday 11 September 2014

KEK COKLAT KUKUS SEDAPNYEHH

Hai semua...cewahh mcm ramai je yg follow kan. Kikiki xpe cikmien perasan sorang2 je. Ok nak citer ni la kek yang first time dibuat oleh cikmien tapi dalam 3 minggu yg lepas kalau xsilap la. Cikmien bukan na kongsi resepi sbb resepi ni pon tgk kat internet hehe... Ini pon buat sbb my favourite kek la katakan. Taw kenapa tetiba update tentang benda alah ini...sbbnya encik suami msg katanya 'rindu nak makan kek mama buat'  jadi minggu nie dia ada balik ke Kuantan so boleh la buat di hujung minggu ini. Kalau dah buat nanti boleh la cikmien berkongsi resepinya kan. Jadi kepada sesiapa yang belum pernah dan xpernah terfikir pon nak buat kek boleh la ikut resepi cikmien sbb cikmien pon pertama kali buatnya. Bukan nak kata handal tapi cikmien cuba untuk belajar apa yang xpernah cikmien buat. Sebab dlm kamus hidup cikmien xpernah terfikir pon nak buat kek. Tapi disebbkan bila dah berkahwin ni ada dapur sendiri nak jgk kita belajar sesuatu yg baru supaya suami kita xjemu. YEDAKK??...kikiki Ini semua sbb encik suami. Kerana beliau adalah pencetus semangat hari-hari cikmien. Cikmien beruntung dapat suami yg support setiap apa yang cikmien buat & cikmien harap jodoh kami akan kekal sampai akhir hayat. Sedih pulak...sbb rindukan dia yang jauh nun disana. Suami cikmien sedang menyambung pelajaran di FRIM Kepong untuk kerja agar masa depan lebih cerah katanya. Cikmien kadang2 sedih jgk bila memikirkan sedang sarat mengandung dengan melayan anak sulong sorang2 memang penat tapi bila memikirkan masa depan anak-anak terpaksa dihadap jua. Encik suami selalu kata pengorbanan mama ketika ini tidak akan dilupakan insyAllah. Harap begitula. Jangan nanti dah senang ditinggal2..uishh mintak jauhla. Harap minggu cuti ni dapat spend time dengan encik suami lama skit sbb dia dapat cuti sampai Selasa. Alhamdulillah. Jadi memang memasak la cikmien hujung minggu ni & yg paling utama kek mesti dibuat. Kang meleleh air liur encik suami cikmien. Mcm dia pulak yg mengandung kan. Lebih2...kikiki. Ok lah itu je yg nak dikongsi setakat ini. Cikmien nak mencari makan sekejap di kantin...baby dah menendang2 tandanya lapar lah tu. Hihihi...sorry baby mama sibuk.. Sibuk la sgt kan. Jika ada kelapangan berjumpa lagi kita ye. Salam semua. :)


Wednesday 10 September 2014

Very Fast U Olls!!!



Terpaksa update sbb terlalu excited. Xsempat weh nak tunggu sampai esok kena jgk update petang ni. Ok ape yang excited sgt cikmien na kasitaw ni adalah servis tu dia...mmg terBAIK!! Smalam baru order dan bank in dlm pukul 2 cm tu. Tuptup.....tghari ni dah sampai menggunakan perkhidmatan Poslaju. Mmg tabik la pada si tukang jual & xlupa pada abg posmen yang menghantar barang nie. Alahai kalau la si tukang jual baca ni rasanya kembang seluruh badan kikiki. Tapi apa pun kita support kaum kita punya bisnes kan. Ok tu tentang servis..ni cikmien nak kongsi skit tentang produk.

KENAPA PILIH INI???



Gara2 terpengaruh dengan artis Ozlynn bini si Johan Raja Lawak tu la...hehe reasonnya sgt xmunasabahkan. Ok macam ni ye...kebetulan Ozlynn tu tgh pregnant & cikmien pon sama. Jadi bila dia ade update tentang produk Chewnglow ni cikmien pon review skit tentang produk ni. Produk untuk 1 family katanya sbb dari baby sampai ke org dewasa & ibu mengandung boleh ambil produk ni. Haa...mana xberminatnya kan. Banyak la jgk testimoni pengguna yang positif. Dan testimoni yang paling menarik minat cikmien bila boleh kurangkan eczema. Taw kenapa?...sbbnya anak cikmien (Amirul Nayif) ada penyakit ni. Jadi bertambah la minatnya terhadap produk ni. Cikmien beli sebotol dlu sbb nak tgk result. Kalau ok ade perubahan mungkin akan teruskan penggunaannya. Ok lah rasanya setakat tu je nak kongsi. "Sharing is Caring" kan hehehe....

Sesi Perkenalan

Salam...
Ok...tersangat la baru dalam bidang ni. Baru nak mencuba2 tapi diharap klu ada yang terkurang maafkan cikmien ye. Sekarang sesi perkenalan dulu..kita mula dengan cikmien sudah pun berkahwin dan bakal mengalukan kehadiran anak yang ke2..anak ke lima (5) dari enam (6) bradik dan menetap di Kuantan, Pahang selama 25 tahun dan masih lagi sbb tanah kelahiran tercinta ku. Tak sanggup nak berhijrah ke tempat lain. Suami pon cari org Kuantan jgk kikiki... Senang xpayah nak berebut balik kampung jauh2 kan. Niat cikmien buat blog ni pon sbb saja nak penuhkan aktiviti semasa di tempat kerja sbb nak jadi kebetulan hari ni tiada tugasan. Kalau ada nanti mmg busy la sampai nak balas 'wasap' pon malas. (Klu bos tahu ni hampehhh kikiki) Ok satu lagi tentang cikmien ni adalah sgt suka masak untuk suami yang tersayang walaupon xberapa pandai. Tapi nak jadi pandai xsusah pon sbb semua kena masuk dalam fasa pembelajaran. Slalunya cikmien akan review blog2 lain untuk tengok resepi yang mmg xpernah cikmien buat. Dari situ cikmien akan salin dan balik rumah apa lagi berasap la dapur kita hehe. Suami cikmien org yang xcerewet makan sbb tu cikmien suka blaja resepi macam2 dan dia akan jadi tukang rasa walaupon kekadang makanan tu xsedap kikiki (kesian laki den). Lepas ni dah ada blog ni bole la cikmien kongsi beberapa resepi yang cikmien buat kan ibarat 'sharing is caring'... Ok setakat ni jela nak kongsi sbb masih baru dan tiada apa2 lagi nak di kongsikan. Kalau ada nanti kita sambung balik ye. Jadi kepada pengikut blog cikmien semua tunggu cerita yang bakal dikongsi cikmien nanti ye. Harap apa yang dikongsi nanti boleh digunapakai sesama kita. Yang baik datang dari Tuhan Yang Maha Esa dan yang buruk datang dari diri cikmien sendiri. Hope see u guys soon!