Thursday 11 September 2014

KEK COKLAT KUKUS SEDAPNYEHH

Hai semua...cewahh mcm ramai je yg follow kan. Kikiki xpe cikmien perasan sorang2 je. Ok nak citer ni la kek yang first time dibuat oleh cikmien tapi dalam 3 minggu yg lepas kalau xsilap la. Cikmien bukan na kongsi resepi sbb resepi ni pon tgk kat internet hehe... Ini pon buat sbb my favourite kek la katakan. Taw kenapa tetiba update tentang benda alah ini...sbbnya encik suami msg katanya 'rindu nak makan kek mama buat'  jadi minggu nie dia ada balik ke Kuantan so boleh la buat di hujung minggu ini. Kalau dah buat nanti boleh la cikmien berkongsi resepinya kan. Jadi kepada sesiapa yang belum pernah dan xpernah terfikir pon nak buat kek boleh la ikut resepi cikmien sbb cikmien pon pertama kali buatnya. Bukan nak kata handal tapi cikmien cuba untuk belajar apa yang xpernah cikmien buat. Sebab dlm kamus hidup cikmien xpernah terfikir pon nak buat kek. Tapi disebbkan bila dah berkahwin ni ada dapur sendiri nak jgk kita belajar sesuatu yg baru supaya suami kita xjemu. YEDAKK??...kikiki Ini semua sbb encik suami. Kerana beliau adalah pencetus semangat hari-hari cikmien. Cikmien beruntung dapat suami yg support setiap apa yang cikmien buat & cikmien harap jodoh kami akan kekal sampai akhir hayat. Sedih pulak...sbb rindukan dia yang jauh nun disana. Suami cikmien sedang menyambung pelajaran di FRIM Kepong untuk kerja agar masa depan lebih cerah katanya. Cikmien kadang2 sedih jgk bila memikirkan sedang sarat mengandung dengan melayan anak sulong sorang2 memang penat tapi bila memikirkan masa depan anak-anak terpaksa dihadap jua. Encik suami selalu kata pengorbanan mama ketika ini tidak akan dilupakan insyAllah. Harap begitula. Jangan nanti dah senang ditinggal2..uishh mintak jauhla. Harap minggu cuti ni dapat spend time dengan encik suami lama skit sbb dia dapat cuti sampai Selasa. Alhamdulillah. Jadi memang memasak la cikmien hujung minggu ni & yg paling utama kek mesti dibuat. Kang meleleh air liur encik suami cikmien. Mcm dia pulak yg mengandung kan. Lebih2...kikiki. Ok lah itu je yg nak dikongsi setakat ini. Cikmien nak mencari makan sekejap di kantin...baby dah menendang2 tandanya lapar lah tu. Hihihi...sorry baby mama sibuk.. Sibuk la sgt kan. Jika ada kelapangan berjumpa lagi kita ye. Salam semua. :)


No comments:

Post a Comment