Monday 22 September 2014

Resepi 2 in 1 : Donut & Burger Malaysia


Nampak sedap kan..nyum2!!! Hari nie cikmien nak kongsi resepi 2 in 1 nie pada semua. Inilah hasil rezeki lebih cikmien (cari duit lebih). Pagi2 cikmien akan bangun pukul 4 buat kuih nie untuk dijual. Jual murah2 aje 4biji seringgit. Kuih nie mmg agak penat jika tidak biasa buat sebab uli pakai tangan kan. Tapi disebabkan ingin mencari duit lebih terpaksa kerahkan jugak tenaga ini walaupon di pagi hari. 

Resepi nie dipanggil 2 in 1 sebab doh yang sama tapi boleh buat berjenis kuih darinya. Sebenarnya bukan setakat 2 in 1 tapi 4 in 1 pon boleh. Sebabnya satu doh boleh buat 4 jenis kuih iaitu donut, burger malaysia, pau goreng dan juga kuih keramat. Ha..kan dah jimat kat situ. Hehe..tapi dlm ini gambar cikmien tunjuk 2 jenis nie jelah. Itu pon buat hari minggu baru nie ada orang tempah...so sempat nak snap gambar. Ok kepada yang berminat jom kita lihat resepinya...

Bahan-bahannya :

1kg tepung gandum (1/2 kilo pon boleh)
1biji telur
1paket yis Mauripan
1sudu teh baking powder
2sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1sudu teh  garam
1cawan air panas (untuk larutkan gula & garam)
Air sedikit

Untuk Donut sediakan gula halus
Untuk Burger Malaysia sediakan sambal bilis & timun
Untuk Pau Goreng sediakan inti kacang (beli di kedai yang dah siap je) 

Cara-caranya :

1. Mula-mula tuangkan yis ke dalam mangkuk bersama sedikit air dan biarkan ia sehingga kembang. (lebih kurang 5-10minit) Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sedikit. Larutkan gula dan garam di dalam air panas.
2. Tuangkan tepung ke dalam bekas/besen (terpulang kepada anda nak guna apa) beserta baking powder.
3. Letakkan marjerin dan gaul sebati. (Sampai xnampak berketul) Tuangkan telur yang sudah dipukul tadi dan gaul lagi.
4. Apabila yis kembang, masukkan ke dalam adunan tepung tadi dan gaul lagi sehingga sebati. Kemudian bolehlah masukkan air gula yang telah dilarutkan sebentar tadi.
5. Masukkan air sedikit dan uli. Jangan terlalu banyak nanti doh akan lembik. Uli sehingga menjadi doh. Jangan risau tentang tepung yang melekat di tangan kerana apabila kita menguli lama kelamaan akan lekat di doh dan besen menjadi bersih. Doh yang cantik apabila doh nampak licin dan cantik permukaannya.
6. Ok inilah hasilnya. Sekarang kita tutup dengan kain lembap atau plastik pon boleh dan biarkan doh kembang. Jangan lama sangat taw..setakat naik seganda dari saiz asal pon dah dikira ok. Apabila doh dah kembang, kita cucukkan dengan jari seperti gambar di bawah.
7. Selepas itu uli sedikit dan buat 2 ketul doh. Tinggalkan1 ketul di dalam besen dan ambil satu untuk di gelekkan.  Pastikan tabur tepung sedikit untuk mengelakkan doh melekat pada permukaan meja & penggelek.
8. Gelek sehingga nampak 1/2 inci ketebalan doh & bolehlah ditekupkan dengan acuan donut. Kalau xde acuan donat nie pon xpe...bulat2 kecil kan doh dan tekan tengah buat lubang. Macam2 cara nak buat. Tapi disebabkan nak cepat cikmien guna acuan donut nie.
  
9. Donut yang sudah ditekup diletakkan ke atas dulang dan biarkan ia kembang. Jangan terlalu lama nanti terlalu kembang sangat pon tak cantik juga kerana masa menggoreng ia akan mengembang lagi. Ok lebihan tepi2 doh tu boleh di uli semula menjadi bulat dan biarkan dalam besen. 
10. Ambil doh kedua dan gelekkan. Tekup bulat (cikmien guna penutup botol susu je hihi senang) seperti dibawah. Yang nie untuk burger malaysia taw. Kalau donut pon boleh cume buatkan lubang ditengah hihihi.
* Kalau nak buat pau goreng isikan inti kacang ditengah dan bulatkan. Biarkan kembang dan boleh digoreng. Untuk kuih keramat pula anda boleh gentel doh menjadi panjang dan biarkan kembang. Dah kembang boleh la digoreng. Goreng jangan terlalu lama...bila nampak kuning keemasan boleh diangkat dan toskan.

11. Sediakan gula di dalam mangkuk/bekas dan salutkan donut. Tadaa..siap untuk donut. Cantik dan gebu nyum2...makan panas2 memang sedap.


12. Ok sekarang donut siap. Kita teruskan dengan burger malaysia pula. Sediakan timun yang sudah dipotong dan sambal bilis. Maaf ye cikmien xsediakan resepi sambal. Sambal nie macam sambal nasi lemak cuma pekat sedikit la...kalau cair nanti basah pulak burger kita.  

13. Lepas tu kita potong separuh macam ni ye. Letakkan sambal dan timun. Siap. Senangkan. Jadi kepada sesiapa berminat cuba lah. Cuba untuk setengah kilo dlu pon xpe. Jangan risau kalau buat mula2 tu xberapa naik sebab cikmien pon mula2 belajar xmenjadi jugak..tapi dah 2 kali buat alhamdulillah memang menjadi. Mood semasa menguli pon penting taw sebab mempengaruhi ulian tepung tersebut. So kalau anda rasa tengah marah, sedih atau malas cikmien nasihatkan janganlah menguli. Nanti doh ikut mood kita hihihi. (Share pengalaman sendiri). Jadi senyum selalu dan buat dengan ikhlas nanti orang yang makan kuih kita pon akan happy cam kita jugak. Hihihi...Ok selamat mencuba!













1 comment:

  1. Assalammualaikum sis.. saya tau post ni dah lama.. hehe.. tapi saya baru nak try buat ni, sblom ni mmg tak pernah buat donut/burger malaysia..

    saya nak tanya kalo 1/2kg, pakai 1 paket yis atau separuh paket je? terima kasih sis.. semoga murah rezeki.. 😊

    ReplyDelete