Friday 19 September 2014

RESEPI KEK COKLAT KUKUS LEMBAP


Kek Coklat Kukus Lembap kegemaran suami cikmien. Kepada sesiapa yang masih baru hendak belajar resepi ni boleh tengok dan salin resepi cikmien ni. Sebenarnya resepi ni terlalu ringkas sebab cikmien pon baru belajar buat tapi alhamdulillah menjadi. Resepi ni pon cikmien cari dalam internet je. Sekarang semua kemudahan ada...just search n click. Ok taknak cakap banyak sekarang kita lihat bahan2nya :-

Bahan A :

1 cawan serbuk koko (apa2 jenis pon boleh)
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak 
1/2 cawan susu pekat

Bahan B :

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan C :

3 biji telur
1 sudu teh perisa vanila


Bahan Topping : 

300g coklat masakan
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
2 sudu besar butter (marjerin pelangi pon boleh)

Cara-cara :-




1. Satukan kesemua Bahan A di dalam periuk/kuali (ikut barang dapur anda yang mana sesuai digunakan). Letakkan di atas dapur dengan api perlahan. Kacau sehingga semua sebati. Boleh rujuk gambar di sebelah.

2. Apabila nampak sebati tutup api dan biarkan sejuk.





3. Satukan kesemua Bahan B dan diayak. 




4. Pukul telur sehingga kembang macam gambar disebelah. Lebih kurang 5 minit jugak la...Lenguh tangan cikmien ha.. Selepas tu kita ambil periuk kukus didihkan air atas dapur dengan api sederhana dan tinggal. (Cikmien selitkan proses ini terlebih dahulu disebabkan selepas selesai proses bancuh kek nanti kita boleh terus letak di dalam periuk kukus kita sebab air sudah pun mendidih)


5. Kemudian satukan Bahan A + Bahan B + telur yang sudah dipukul tadi bersama-sama dengan esen vanila. Kacau sebati. Boleh lihat hasilnya seperti gambar di bawah.
6. Ok lepas dah cantik macam gambar di atas tu boleh la letak di dalam acuan/loyang. Jangan lupa sapukan butter atau marjerin (cikmien guna marjerin je) pada tepi dan permukaan bawah loyang supaya senang nak keluarkan kek nanti. Takut melekat aje. Tapi kalau sesiapa nak guna kertas minyak pon boleh. Mana2 janji senangkan anda.


7. Cikmien buat 2 loyang...satu bulat & satu lagi loyang petak. Ok ni satu lagi tips ye untuk mengelakkan wap air jatuh ke atas kek cikmien balutkan plastik tapi plastik recycle aje. Hihihi janji boleh guna. Kalau kat rumah tu ada plastik wrap pon boleh. Tapi ingat ye pastikan air dalam periuk didih terlebih dahulu baru boleh letak kek kita. Kemudian tutup dan biarkan selama 1 jam 10 minit. Satu lagi tips jangan buka penutup kukus selagi belum cukup masa ye. Nanti kang tak menjadi pulak. 

8. Apabila dah cukup masa boleh la tutup api dan angkat loyang. Hati2 ye panas. Pastikan pakai pelapik agar tidak melecur jari tu. Kalau boleh ambil lidi atau garfu cucuk pada kek. Taw kenapa sebab nak pastikan kek tu masak atau tidak. Kalau kek melekat pada garfu bermakna tidak masak lagi tapi kalau tidak melekat alhamdulillah menjadi. 

Topping (Ganache) :-



1. Panaskan air di dalam periuk dan buat kaedah double boiler.
2. Cairkan coklat masakan dan kacau.
3. Masukkan bahan seperti susu cair, susu pekat & gula.
4. Kacau sebati.
5. Masukkan butter @ marjerin & kacau sebati.
6. Tutup api & bolehlah di tuang ke atas kek yang sudah dikeluarkan dari loyang sebentar tadi.
7. Untuk lebih menarik taburkan coklat rice @ coklat chip @ badam potong ikut citarasa masing-masing.

Siap jugak akhirnya...selamat mencuba :)



No comments:

Post a Comment